~ Mane nak carik Baju Kurung Hitam ~

Tiga hari lepas sempat gi jalan2 kat Jalan TAR, tok carik baju melayu tok insan tercinta. Lepas buka terus kuar umah. Cari punya carik, jumpe!! Tapi tak de saiz pulak. Carik lagi, sampai lutut nak tercabut. Masih tak jumpe. Carik warna BROWN. Coz ari tu dah beli kain warna coklat jugak, kire nak sedondon la ni.
Cari punye cari, tak jumpe. Jam dah pukul 1200 malam. Esok keje! Erm. then try carik kaler lain, putih?? Erm ... Tak mo la, cepat kotor! At last HITAM, dah cam HULUBALANG MELAKA aku tengok laki aku! Heheehehehe. Dan bermakna, aku pun kena la mencari baru lain yang berwarna HITAM. Aku tak dapat carik malam tu sebab mase dah terlalu suntuk + ngantok!
Macam2 cara orang nak laukan barang mereka. Ade yang jadi model pun ade. Mungkin tak cukup patung/model. Ade abang tu pakai baju kurung pink lagi, ade gak yang pakai rambut palsu bagai, pakai tudung la... Macam2 ade.
Mase dah suntuk. Sampai skang ni, aku masih tak jumpe baju kurung HITAM. Mane nak korek nih?? Nak beli kain? Mane sempat?? Macam mana nih? Ade org cakap try gi tgk kat Shah Alam.
Akan cuba ptg nanti, lepas balik keje.
0

~ Hangin satu BADAN ~

Bila aku tengok je jadual, bikin panas hati! Ikut betul2 jadual, sabtu sebelum raya aku cuti. Memang turn sabtu tu, aku off day. Tetapi dia org tukar last minute sebab gi training la bagai, mase nak raya tu! Mane aku tak angin? Dah tu cuti aku pun tak lepas. Gamaknyer dia orang ni DOK kat mane? BANGLADESH ke? Tak paham2 MALAYSIA ni negara ISLAM. HARI RAYA merupakan perayaan utama?? Yang semesti nyer orang akan amek cuti lame?

Sume Bisness CLOSE...


TUTUP!! PAHAM TUTUP???


Ape ke bangang sangat? Pelik aku!! Nak kater HIGHER MANAGEMENT aku dok kat CHINA? Bukan.. Dok kat INDIA?? Bukan.. Dok kat US?? Pun bukan. Then tak leh nak pk logik!!

~ CUTI RAYA ~

Sebut pasal raya semua akan jadi seronok. Ye la, boleh balik kampung, makan ketupat, rendang, main bunga api, mercun das la mercun pop la yang best kalo bagi yang tak keje " DUIT RAYA". Tahun ni mesti aku kopak la.... Huahuahuahua!!!



Tapi aku paling geram sangat2, cuti raya aku tak lepas. Aku ulang "TAK LEPAS". Raya tahun ni jatuh pada hari AHAD = 20 August (aku cam penyimpan mohor besar raja2 pulak)!! Then since cuti tu jatuh pada hari ahad, cuti ganti jatuh ke hari SELASA. Bermakna aku cuti AHAD + ISNIN + SELASA. Buat pengetahuan sume, aku keje pada hari SABTU = 19 August tu.

Mula ari tu, MANAGER kat sini kater "first come first serve"... Aku dah apply cuti dah lame apply, mungkin dari last YEAR yang aku dok buat planner, sume org gelakkan aku tu? Agak2 ade yang masih ingat? tak pe, korang mungkin boleh tgk link nih:-


http://nasrini.blogspot.com/2008/12/anual-planner.html



Ni dia planner aku tok 2009

agak2 korang penah tgk tak?? aku apply LAST year tau..LAST YEAR 2008!!

Aku memang bengang tak dapat cuti.. Di tambah lagi, bile aku dapat email, suh aku keje PH RAYA HAJI... Aku mungkin mntk cuti gak kan? Logik tak nak suh aku keje PH RAYA HAJI tu? BENGAP ke BAHLOL?

Aku masuk terus jumpe manager aku, dia buat MUKA BODOH dia muka tak bersalah.. Aku email? Same je! Fine!!! No more OUTSTANDING favor from me start from NOW!!

Bile suh org tolong macam2, bile staff mintak tolong? Buat muka... MUKA BODOH pulak tu! Tak pe aku tak pose ari nih!! Sorang lagi manager pulak kater sebab last year aku dah amek cuti.. Memang aku setuju aku amek tahun lepas.. Tapi SEHARi je bukan seminggu. Last year aku nye BILLING TEAM MATE bukan melayu. Tak g cuti raya pun, kalo akuni jenis yang amek ADVANTAGE, aku amek seminggu tau! Tapi aku tak buat camtu. This year aku mintak 2 hari je? Susah sangat ke nak bagi? Ade gak org lain dapat tahun lepas, tahun ni pun dapat?

BOLEH PULAK?

Selama aku hidup ni, sampai raya tahun lepas 26 tahun ni. Aku tak penah pun merasa raya kat kampung. Tak penah.Aku selama ni raya kat KG MEDAN je tau!! So, ini la kali pertama aku nak merasa RAYA kat KAMPUNG. Pertama kali... So mungkin orang dah tak heran. Aku? MUNGKIN BATAK aka JAKUN la.. Tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya sebagai SEORANG ISTERI, bersame hubby tercinta! Salah ke aku nak cuti lebih sikit? Bukan mintak seminggu pun! DUA ... aku ulang, DUA hari jer aku mintak!!



Balance leave aku dalam 8 hari lagi, tahun ni. Aku memang sedih gile!!


~ MOGOK ~

Back to Top