0

~ PENIPU... PENIPU... PUAS HATI ~

Ni, la bangsa melayu. Bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi ini la hakikat nyer! Nape mesti tamak + suker mencekik darah aka PENIPU la. Kiter buat bisnes, tak boleh macam ni. Tipu org sana, tipu org sini buat dosa kering jer! Memang bengang giler tahap gaban. Tinggal lagi 2 minggu, tapi skang ni i tak de pelamin + mak andam sume2 la... Puas hati rase nyer dapat terminate dia!

Mula janji sekian harga. Then ttb konon nyer baju tak de saiz, kate boleh adjust. At the end, kena tambah sbb kena buat baju baru! Bukan boleh simpan pun. Tu boleh sabar lagi, malas nak pening kepala, i susah payah g cari tempat lain yang ada saiz sesuai. Mengalah tak bererti kalah kan. Cuma tak mo menyusahkan dia lagi jer. Dia tu pun buat part time je benda ni sume full time dia CIKGU... ulangi,,, CIKGU!

Bile dah amek baju kat tmpt selain, mesti la harga tadi kena dikurangkan la. Tak boleh yer. Tak nak langsung kurangkan, konon nyer jika tukar pelamin dari dlm umah ke luar umah extra RM 150. Harga baju yang tak jadi amek tu RM 500. Dia ni tau kire ke tak? CIKGU sekolah ape macam nih? Pakkal i suker sangat2 tersangat2 la kat pelamin dia ala2 designer ARMA tu jer. Kalo tak? Jangan harap la............

Pada permulaan harga untuk Pelamin + 2 Baju + 2 Make up = RM 4000. Baju berinai sepasang RM 800. Baju sanding (cancel) RM 500. Jika tukar pelamin dalam umah untuk ke luar umah + RM 150. Cuba kire balik? Dah bayar RM 1500. Balance lagi berapa? Dia still nak i bayar RM 2500 lagi. Ni la jadinyer bila ada orang yang kaki KENCING macam ni, la menjejaskan periuk nasi orang lain + menyusahkan orang!

Memang betul my wedding is less then 2 weeks time. Tapi i CUKUP PUAS HATI. Bila i nak cancel tu pun dia tak mo pulang balik all my money. Alasan nyer duit make up RM 1000, kire lain. Dia nak bagi balik duit booking jer RM 500. Masalahnyer i dah pakai make up dia keR? I dah amek baju dia ker? Mase?? I cuma jumpe dia 2 kali saja tu pun pertama kali jumper dlm 30 minit. Kali kedua 45 minit sahaja. Bile dah berXXXXXX................... (secara sopan) kalo boleh mati2 memang dia tu tak mo bagi balik duit tu sume. Bile cakap pasal nak buat kecoh kat SEKOLAH + UMAH .. tak malu kat jiran2, awak tu CIKGU. Baru la dia setuju nak bayar balik, tu pun RM 1000 jer, tu pun ansuran. Tapi lagi RM 500, i tetap tak halal kan dunia n akhirat! Then CIKGU mane leh bizznezz2 ni, nak kena report??

Bukan i berkira pasal duit, tapi bile dia putar alam sekeliling dunia ... Tu dah cukup melampau! Memang yang akan kater RM 4000, apa la sangat! Tapi tetap duit hasil titik peluh ku! Tetap bererti, memang kahwin sekali seumur hidup (AMIN). Tapi jangan la terlampau membazir.

Sekarang memang tengah mengagagau dok carik Pelamin sume, tapi insya allah! tetap kan berjumpe yang berkenan dihati.....AMIN. Dan apa yang pasti, aku PUAS HATI!

0 comments:

Post a Comment

Back to Top