0

~ OH BOTOL SUSU ~

Kementerian Kesihatan mengambil tindakan tok mengharamkan penjualan polycarbonate milk bottle yg mengandungi Bisphenol A atau lebih dikenali sebagai BPA. Pengharamannya akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2012 bagi memberi peluang kepada pihak terlibat utk menukar mesin dan material dlm pembuatan botol susu -( nape la lame sangat) Pengharaman ini diambil berikutan risiko BPA terhadap bayi dan kanak-kanak. Setakat ni, belum ada bukti yg menunjukkan BPA tidak membahayakan golongan berisiko tinggi ini. BPA dikatakan boleh menjejaskan hormon dan fungsi organ dalam tubuh bayi dan kanak-kanak. Malaysia bukan negara pertama yg mengharamkan penjualan botol susu yg mengandungi BPA.


Tok pengetahuan, WHO sendiri telah menyarankan pengharaman ini. Negara-negara lain yg telah mengharamkan chemical dlm botol susu termasuklah Germany, France, Denmark, Canada, Australia, New Zealand dan New York. Mesti ada yang tertanya-tanya… mengapakah pengusaha menggunakan BPA, jika wujud material lain yg boleh diguna? BPA digunakan dlm polycarbonate utk menjadikan botol susu itu lebih translucent atau jernih warnanya dan lebih keras berbanding botol tanpa BPA yang kurang cantik. I still remember masa Batrisyia belum lahir. I tau tentang bahaya BPA ini. Jadi, I beli botol yg tidak mengandungi BPA. Plus, masa tu bf Batrisyia. So botol semuanya beli brand MLO yg kebetulan, tiada BPA.


Botol dengan BPA adalah sgt tak bagus utk memanaskan susu badan kerana kita akan selalu panaskan botol tu. BPA akan terbebas ke susu. Tapi sebenarnya, BPA juga boleh terbebas jika kita menggunakan susu formula. BPA bukan hanya terkandung dlm botol susu tapi dlm banyak barang plastik yg lain. Cuma apabila ia digunakan dlm pembuatan botol susu utk bayi dan kanak-kanak, golongan ini lebih berisiko tinggi untuk terdedah dlm pembebasan BPA, seterusnya akan mempunyai masalah dlm kesihatan. Masalah tu bukan atas terus nampak tetapi ia akan berlaku di kemudian hari. Rasanya salah seorang blogger pun pernah timbulkan isu ni.


Dia nak beli botol BPA free tapi mak dia menyangkal dengan mengatakan bahawa semua anak-anak dia pakai botol yg ada BPA sejak kecil. Hidup aje sampai sekarang. Hmm.. susah jugak kalau dah timbulkan BUKTI2 yg mcm tu. Kalau kita dah tau ianya membawa keburukan, apa salahnya kalau kita bertukar kepada botol yg lebih selamat, ye tak??? tukar kepada BPA FREE ( botol ADN)

0 comments:

Post a Comment

Back to Top